AKTIVITI YANG BAGUS UNTUK MERANGSANG & MEMUPUK KREATIVITI ANAK
Kredit to: tudungsicomel.com
Bermain Jigsaw Puzzle
- Selain daripada membeli, jigsaw puzzle juga boleh dibuat sendiri.
- Cari gambar dalam surat khabar ataupun majalah lama.
- Gunting gambar dan tampal di atas kertas tebal.
- Selepas itu, gunting menjadi beberapa bahagian. Pastikan tahap kesulitan jigsaw puzzle sesuai dengan usia anak.
Menyusun blok seperti logo
- Dalam permainan ini, anak-anak digalakkan membina bangunan dengan blok-blok yang berlainan bentuk dan saiz.
- Ini menjadikan daya imaginasi dan kepandaian istimewa anak-anak terangsang.
- Prinsip bermain Lego sebenarnya sama dengan bermain blok tetapi bentuk yang dihasilkan oleh Lego lebih banyak
dan pelbagai.
Bermain tanah liat/ Plastisin
- Ajak anak-anak bermain dengan tanah liat atau plastisin lalu menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik.
- Ibu bapa hanya perlu mengajar anak-anak cara menggunakan dan membentuknya.
- Kemudian beri anak-anak kebebasan bagi membentuk apa sahaja yang mereka mahu.