Tips Membentuk Anak Bijak

Jaga Kesihatan & Pemakanan Anak

Bila badan cergas maka otak pun akan cerdas. Kanak-kanak yang aktif dapat belajar banyak perkara dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan elakkan makanan ringan atau segera.

Bermain dan Meneroka

Jangan sekat keinginan anak untuk meneroka persekitaran kerana dari situlah mereka belajar mengenai pembangunan diri, keinginan, kesukaan, kekuatan dan pelbagai lagi.
**Tapi dalam masa yang sama jaga keselamatan mereka!

Belajar Menghafal & Perkataan Baru

Biasakan bercakap dengan anak dengan menggunakan bahasa yang betul sejak dia bayi lagi. Ajar anak perkataan baru setiap hari yang akan digunakan dalam kehidupan seharian.
.
**Ajar mereka banyak menghafal seperti hafal surah-surah Al-Quran, sifir, cerita pendek,lagu dan sebagainya

Galakkan Membaca

Dalam dunia teknologi yang semakin meluas sekarang, ramai ibu bapa lebih suka mendedahkan anak pada gajet sehingga kadang-kala terlupa untuk menggalakkan anak membaca. Beli pelbagai buku ‘genre’ kesukaan anak-anak atau mempunyai daya penarik dan latih mereka membaca dan terus membaca sehingga mahir. Selain buku, ibu bapa boleh menunjuk tanda jalan atau ‘billboard’ di sepanjang jalan. Tentu seronok!