ANAK TAMPAL SANA SINI, MAIN KOYAK-KOYAK KERTAS, SEPAH SIKIT JE, HEBAT KESANNYA PADA ANAK.

Kredit: Majalahpama.com

Jangan marah-marah bila anak main koyak-koyak kertas dan tampal sana-sini!

NAK TAHU KENAPA?

FINE MOTOR SKILL

Apabila anak mengoyakkan kertas menggunakan jari-jari ianya boleh latih kekuatan dan koordinasi sekali gus. Nak lagi kuat, guna kertas tebal sedikit.

SKILL SENSORY

Main gam tampal-tampal. Lumur sikit gam tu dekat tangan anak dan tengok reaksi dia macam mana. Boleh juga buat tampal-tampat kertas yang anak koyak tadi dan bentukkan pokok. Melalui sentuhan, otak anak-anak anda akan memproses dan berkembang. Contohnya – Gam rasanya melekit, Gam boleh digunakan untuk melekat kertas.

BAHASA & KOMUNIKASI

Dan semestinya masa aktiviti kita mesti bercakap kan dengan anak. Perkenalkan ia kepada anak nama objek, nama ‘action’, berkolaborasi dalam sesi tampal-menampal contohnya.