Bekerja Dan Tiada Masa, 6 Tip Didik Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk

K R E D I T : T H E V O C K E T . C O M &
B U K U P R I M A . C O M

1) Bekerja vs Surirumah; Kualiti vs Kuantiti

  • Walaupun anda bekerja tidak semestinya anda tidak dapat meluangkan sedikit masa bersama anak anda
  • Ianya bukan berapa banyak masa yang anda dengan anak tetapi berapa banyak masa KUALITI yang anda mampu beri kepada anak anda jika anda bekerja mahupun surirumah.

2) Susun Jadual

  • Pastikan hal kerja habis ditempat kerja sahaja kecuali jika terdesak
    bila pulang ke rumah, anda adalah milik suami/isteri dan anak-anak.
  • Rancang masa anda untuk menguruskan hal rumahtangga dan jika boleh buat BERSAMA-SAMA pasangan anda.

3) Aktiviti Untuk Masa Berkualiti

  • Membuat kerja rumah bersama.
  • Mengerjakan ibadah bersama. Anda boleh bagi tazkirah pada anak-anak, minta anak bacakan kisah nabi, selang seli dengan buku adab dan akhlak, hadis dan sebagainya.
  • Membawa mereka berjalan sekali-sekala ke tempat yang ada aktiviti dan tinggalkan memori kepada mereka.

4) Kenali Rakan Anak Anda

  • Anda perlu tahu dengan siapa anak anda berkawan dan bagaimana sikap mereka.
  • Ini penting sangat sebab siapa kawan anak kita, itulah diri mereka nanti.

5) Berbaiklah Dengan Guru Yang Mengajar Anak Anda

  • Anda perlu tahu siapa guru kelas mereka dan siapa yang mengajar anak anda.
  • Jika ada group whatsapp ibu bapa & guru tersangatlah bagus. Gunakan medium itu semaksimum yang boleh untuk mengetahui perkembangan anak.

6) Jaga Hubungan Dengan Allah.

  • Selepas kita dah usaha, haruslah kita sentiasa tekun dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT.
  • Sentiasa meminta kepada Allah agar anak-anak kita menjadi anak soleh solehah dan semoga anak kita berbakti kepada kita nanti.