Cara Ajar Anak Membaca
Kredit to: THEASIANPARENT.COM
1. Mulakan Seawal Mungkin
- Untuk ajar anak membaca dengan cepat, ibu bapa perlulah menanam minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi.
- Walaupun mereka tidak dapat membunyikan apa-apa huruf, mereka masih dapat memahami konsep membaca.
2. Bacakan Buku Kepada Mereka
- Anak-anak umur 3 tahun keatas dapat dibantu memahami coretan di atas kertas dengan membacakan perkataan-perkataan itu kepadanya.
- Ibu bapa boleh bacakan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambah masa apabila usia meningkat.
3. Membunyikan Huruf
- Kaedah ini dikenali sebagai kaedah Fonetik atau decoding.
- Ia memperkenalkan anak-anak kepada bunyi huruf dan bukan nama huruf.
- Apabila mereka mengenal bunyi huruf, mereka akan bersedia untuk mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan.
Cara Berkesan Untuk Mengajar Anak Membaca Di Rumah
Mengunakan Video Pembelajaran
Kaedah ini pun boleh ibu bapa gunakan untuk memberikan galakkan kepada anak untuk cepat membaca. Video pembelajaran ibu bapa boleh pasangkan di TV setelah download video daripada Youtube Kids.
Gunakan Kaedah Pembelajaran Fonik (Bunyi)
Kaedah fonik (bunyi) ini menggunakan kaedah gabung bunyi. Ibu bapa boleh gunakan flash card bunyi dan ajar secara berkala. Untuk video pembelajaran kaedah bunyi, ibu bapa boleh gunakan VCD atau carian di Youtube lagu Abu Ada Ayam untuk ajar anak dengan mudah.
Soal Jawab
Ibu bapa perlu perbanyakkan bersoal jawab dengan anak untuk membiasakan otaknya berfikir. Jika dia tanya soalan, jawab dengan soalan, jangan terus beri jawapan jika anak tanya. Ini untuk biasakan otaknya berfikir.
Kerap atau Berulang
Anak-anak kecil ini mudah lupa, tambahan pula jika diajar sesuatu yang baru dalam hidup mereka ditambah pula dengan aktiviti bermain yang tidak menarik bagi mereka. Pembelajaran perlu BERULANG tak perlu lama tapi KERAP.