CARA SANTAI AJAR ANAK MENULIS & PEGANG PENSEL

Ramai ibu bapa mengeluh anak banyak mengelat dan memberi pelbagai alasan bila diajak belajar menulis. Mari kami beri beberapa tips..

1. Mulakan Sejak Kecil

  • Waktu yang terbaik ajar anak menulis adalah antara 4 hingga 5 tahun.
  • Jika anak belum berusia tersebut, latih anak untuk meningkatkan kemahiran motor halus dahulu seperti menguli tepung serta mengoyak dan menampal kertas
  • Latih anak untuk memegang benda-benda kecil dan halus seperti beras,makaroni dan kekacang.

2. "Finger Painting"

  • Jika anak baru hendak menulis, sediakan pelbagai alat tulis termasuk cat air, berus, krayon & marker.
  • Paling asas, biarkan mereka bermain dengan cat air menggunakan jari.

3. Gunakan 'white board'atau 'easel'.

Anak kecil selalunya kurang selesa apabila diajak menulis di atas kertas. Ini kerana mereka belum dapat mengawal pergerakan pensel dengan baik. Oleh itu, cuba dapatkan ‘white board’atau ‘easel’ yang membolehkan mereka menulis dengan lebih mudah