Skip to content

5 PETUA ANAK DENGAR KATA & IKUT ARAHAN

Kredit : siraplimau.com

GUNAKAN BAHASA YANG BAIK DAH HALUS

Elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat POSITIF untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak. Jika ibu bapa menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak pasti berasa yakin, disayangi dan istimewa.

SELARASKAN LEVEL MATA ANDA DAN MATA ANAK SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Sebelum memberi arahan, melutut dihadapan anak anda supaya level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia MEMBERI PERHATIAN pada anda. Ibu bapa perlulah bersabar jika melakukannya untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya.

BERSIFAT TERBUKA UNTUK PERBINCANGAN

Apabila anak anda semakin membesar, anda perlu menitik beratkan hal EMOSI dan PANDANGAN mereka. Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka. **Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolaholah muktamad.

SEBUT NAMA ANAK SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan NAMA PENUH. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

PASTIKAN PESANAN ANDA RINGKAS DAN JELAS

Penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas. Elakkan memberi ARAHAN YANG BANYAK pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.