Nak Anak Rasa Dirinya Berharga
Ketahui Kepentingan Percaya Diri Dalam Diri Anak-Anak
*Kredit Nota parenting Taufiq Razif
Harga Diri atau "Self-Worth"
Ibu Bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan asas harga diri anak. Perkembangan harga diri anak banyak dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya apa yang dilakukan dan diperkatakan ibu bapa.
Kepentingan harga diri untuk anak kita:
- Anak jadi pantang menyerah.
- Anak jadi mudah positif.
- Anak jadi kuat jiwanya.
- Anak jadi lebih confident.
Cara termudah untuk membina “self-worth”:
Kita sambut dan sapa anak dengan
pelukan dan ciuman setiap kali anak
bangun pagi & setiap kali kita balik
daripada kerja.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk pembangunan harga diri anak:
- Senaraikan pencapaian positif anak dan mengasah bakat serta membantu anak untuk menguasai sesuatu yang menjadi kesukaan mereka.
- Menggalakkan anak mencuba aktiviti baru dan memperkuatkan keyakinan diri
- Senaraikan ketakutan dan cara mengatasinya dan apa akibatnya. Nyatakan kepada anak untuk bertanya jika tidak tahu atau yakinkan anak untuk mencuba serta manfaatnya.