4 Tips Meningkatkan FOKUS anak dalam pelajaran
Persekitaran
Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Tempat dan persekitaran yang kemas dan sesuai untuk pembelajaran boleh membantu meningkatkan fokus anak. Anda hanya perlu mengasingkan atau mempunyai sudut ruang yang kecil sahaja pun memadai untuk anak belajar dan menghiaskan sedikit dengan poster atau buku-buku.
Kenalpasti Cara Pembelajaran Anak.
Cuba ibu bapa perhatikan cara anak belajar. Adakah lebih Visual (lebih menggunakan mata), Aural (lebih menggunakan telinga), kinestesis (lebih menggunakan pergerakan) ataupun Verbal (secara lisan).
Sediakan Objek Ketika Belajar.
Untuk sesetengah kanak-kanak, mereka mungkin sukar untuk duduk diam dalam masa yang panjang. Apabila mereka resah atau tidak boleh duduk diam mereka boleh menggunakan atau pegang objekseperti blu-tack, gelang getah atau kertas dan pensil bersama mereka.
Carta Ganjaran
Ia adalah salah satu cara untuk memberi dorongan positif kepada anak supaya mereka rasa bangga dengan pencapaian mereka. Cara ini paling berkesan untuk anak berumur 6 - 10 tahun. Tapi ia masih bergantung kepada kanak-kanak tersebut.