Kad Geniuskids
Menarik & Pelbagai Guna
Mengandungi 8 set dan keseluruhan 288 keping kad. Kad Geniuskids mengadaptasi pembelajaran dari buku Bacalah Anakku 1 sehingga 8. Mempunyai gambar yang menarik serta boleh digunapakai dalm pelbagai permainan seperti “Genius Games”, “Memory Games”, “Speed Games” dan “Jom Cari-Cari”.




Kaedah Membaca Sambil Bermain
Kami menyediakan 4 contoh permainan yang boleh anda rujuk. Kad Geniukids mampu menguji tahap kefahaman serta kelancaran membaca anak-anak. Bantuan pembelajaran ini penting agar anak tidak terlalu stress dan gembira sepanjang sesi. Bukan sahaja anak dapat belajar malah dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu dan bapa.
Cara Permainan Kad Geniuskids
𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻 𝟭: 𝗚𝗲𝗻𝗶𝘂𝘀 𝗚𝗮𝗺𝗲.
1. Permainan untuk 2 hingga 4 orang pemain.
2. Simpan satu kad GK di tepi. Kocok kad-kad GK dan bahagikan kepada pemain secara terbalik.
3. Pemain perlu meletakkan kad yang sama di depan mereka dan menyebut perkataan atau gambar di kad tersebut.
4. Pemain pertama akan menawarkan kad-kadnya kepada pemain lain di sebelah kirinya.
5. Pemain sebelah kiri akan memilih satu kad daripada pemain pertama.
6. Jika kad tersebut sama dengan kad perkataan yang dia ada, dia meletakkannya di depannya dengan membaca perkataan atau gambar tersebut.
7. Jika tidak sama, dia letakkan kad tersebut bersama-sama kad yang ada ditangannya ketika itu.
8. Permainan seterusnya berlangsung sehinggalah tinggal 2 pemain sahaja dimana salah seorang mereka memiliki kad tunggal (yang telah di simpan pada awal permainan tadi).
9. Jika seorang itu pemegang terakhir kad tunggal, dia dikira kalah dan ramai-ramai akan sebut “GENIUS” kepadanya.
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧 𝟐: 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐲 𝐆𝐚𝐦𝐞.
1. Permainan untuk 2 hingga 4 orang pemain.
2. Kocak kad-kad GK supaya ianya terasing secara rawak.
3. Susunkan semua kad di tengah secara terbalik (pemain tidak dibenarkan melihat perkataan di depan kad).
4. Pemain pertama akan membuka dan baca 2 kad secara rawak. Jika pemain pertama membuka kad perkataan atau gambar yang sama maka kad itu boleh diambil oleh pemain pertama.
5. Jika tidak sama, dia hendaklah tutup kembali 2 kad yang dia buka tadi.
6. Permainan seterusnya berlangsung sehingga tinggal kad yang terakhir.
7. Pemain yang berjaya mengumpulkan semua atau bilangan kad yang banyak dikira sebagai pemenang.
8. Di akhir permainan, setiap pemain dikehendaki menyebut setiap satu kad perkataan atau gambar di kad GK yang terkumpul.
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧 𝟑: 𝐒𝐩𝐞𝐞𝐝 𝐆𝐚𝐦𝐞.
1. Permainan untuk 2 hingga 4 orang pemain.
2. Kocok kad-kad GK supaya ianya terasing secara rawak. Bahagikan kad secara terbalik kepada setiap pemain (pemain tidak dibenarkan melihat perkataan di depan kad).
3. Secara bergilir- gilir, letakkan satu kad perkataan di tengah dan baca. Lakukan dengan cepat.
4. Jika perkataan yang keluar sama dengan kad sebelumnya, pemain hendaklah menjerit ‘SPEED’.
5. Pemain yang paling cepat menjerit ‘SPEED’ boleh mengambil kesemua kad yang terkumpul ditengah.
6. Pemain yang berjaya mengumpulkan semua atau bilangan kad GK yang banyak dikira sebagai pemenang.
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧 𝟒: 𝐉𝐨𝐦 𝐂𝐚𝐫𝐢-𝐂𝐚𝐫𝐢.
1. Permainan untuk 2 orang pemain sahaja.
2. Asingkan kad perkataan dan kad gambar. Susun kad bergambar di tengah.
3. Kemudian kocak kad perkataan supaya ianya terasing secara rawak. Bahagikan kepada pemain.
4. Pemain pertama akan baca kad perkataan yang ada di tangannya dan padankan dengan kad gambar yang berada di tengah pemain.
5. Pemain seterusnya lakukan cara yang sama dan permainan ini berlangsung sehingga tinggal kad yang terakhir.
6. Di akhir permainan, setiap pemain dikehendaki menyebut semua kad perkataan yang berada di tengah-tengah pemain.