Book Your Kids Place Now!
Kelas Fizikal
Kelas Fizikal Geniuskids telah bertapak selama lebih 8 tahun (beroperasi secara virtual pada musim covid-19). Bermula hanya dari rumah, Pengasas Geniuskids tekad untuk terus membantu anak bangsa membaca dan menulis seawal usia 4 tahun ke atas. Kini Geniuskids punyai “centre” sendiri dan mampu menampung beberapa kelompok pelajar dalam satu-satu masa. Kelas Fizikal Geniuskids beroperasi di Taman Penanti Indah, Pulau Pinang. Setiap Cikgu ditugaskan mengajar 5-6 orang pelajar (kumpulan yang kecil) bagi pemantauan yang lebih tuntas dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih berfokus. Pelajar juga akan merasa lebih dekat dengan cikgu dan seterusnya membentuk keserasian yang lebih pantas dan berkesan bukan sahaja dengan cikgu malah dengan rakan kumpulan. Persekitaran dan psikologi pelajar di ambil kira bagi melancarkan proses pembelajar.
Geniuskids menggunakan kaedah fonik dalam pembacaan. Pelajar akan didedahkan dengan Bunyi asas dan Gabung Bunyi. Kelas Fizikal Geniuskids mengamalkan konsep belajar sambil bermain. Geniuskids menjalankan beberapa aktiviti kreatif sepanjang pembelajaran untuk menggalakkan fokus pelajar serta melatih pemahaman. Aktiviti kreatif ini mampu meningkatkan keupayaan menulis dan pelajar akan lebih mudah menyerap ilmu yang dipelajari.