Main Baling Bola Boleh Bantu Anak Cekap Membaca
Kredit: majalahPama.com

Sedar tak ibu bapa kalau anak nak membaca, anak kena ada FOKUS MATA yang cekap?
- Ada anak selalu ‘terskip’ perkataan atau baris masa membaca. Anak-anak ni kita selalu kata mereka cuai.
- Sebenarnya mungkin mereka KURANG latihan untuk cekapkan pergerakan mata.
- Cekap pergerakan mata ni ada dua iaitu kecekapan anggar jarak dan juga kecekapan anggar masa.
Latihan Untuk Cekapkan Pergerakan Mata

Cara Baling Tepuk Sambut:
1. Anak baling bola ke atas.
2. Tepuk tangan sekali sementara bola masih di atas.
3. Tangkap/sambut bola dengan baik bila bola turun ke bawah.
**Boleh cuba pada anak bermula usia 5 tahun ke atas.
Kepentingan Anggar Jarak dan Masa
Kecekapan Anggar Jarak:
- Penting untuk anak boleh anggar jarak dari satu huruf ke satu huruf. Anak boleh kenal pasti jarak antara perkataan tu dengan baik.
- Barulah anak tak’ terskip’ perkataan.
- Untuk menulis pun penting supaya anak boleh tulis dengan kemas.
Kecekapan Anggar Masa:
- Penting supaya anak tak baca kelam-kabut.
- Mata anak akan boleh fokus dari satu huruf
ke satu huruf tanpa tergopoh-gapah membaca huruf atau perkataan seterusnya.