Geniuskids ialah Kelas Membaca dan Menulis yang dijalankan secara digital. Geniuskids pada mulanya bermula secara kelas fizikal di Penanti, Pulau Pinang namun beralih ke kaedah digital sejajar dengan keadaan wabak ketika ini. Pembelajaran secara digital ditubuhkan sebagai solusi untuk membantu anak-anak terus mengikuti kelas membaca di musim Pandemik Covid-19. Kami membantu anak-anak belajar dari rumah atau di mana-mana sahaja. Sehingga kini Kelas Geniuskids telah membantu ramai anak-anak di seluruh Malaysia dalam Bahasa Melayu dan English. #teamCF mempunyai kepakaran untuk mengajar anak membaca walaupun dari jauh.
Jika anak anda belum mampu baca dan tulis, Geniuskids adalah solusinya. Tentunya Ibu dan Bapa mahukan yang terbaik untuk anak.
Kami adalah yang terlatih dan mempunyai kepakaran untuk membantu anak membaca dan menulis dengan berkesan.
Jangan ragu-ragu lagi. Daftar kelas Geniuskids atau boleh hubungi #teamCF untuk maklumat atau pertanyaan yang lebih lanjut.
VRC
Kelas secara one-by-one dengan tenaga pengajar dengan menggunakan buku BACALAH ANAKKU (Melayu) & READ EASY (English)secara atas talian.
VRP
Kelas berkumpulan diadakan secara berkala. Sesi intensif selama 15 hari diadakan secara atas talian. Silibus pembelajaran diasaskan oleh Geniuskids.
Klinik Fonik
Geniuskids juga menjalankan Klinik Fonik secara berkala untuk ibu bapa mempelajari kaedah pembelajaran Fonik serta aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak
Produk
Geniuskids juga telah menghasilkan beberapa produk bantu mengajar sebagai aktiviti sampingan yang menyeronokkan untuk anak-anak.
Ruang Ilmu
Pelbagai tips keibubapaan dikongsikan di dalam Ruang Ilmu.
Kaedah Fonik
Geniuskids menggunakan kaedah Fonik sepanjang pembelajaran. Kaedah ini amat berkesan dan mudah diikuti oleh pelajar seawal usia 4 tahun.