Tip Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

K R E D I T : A Y A C H A L O . C O M

  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada
    awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan. Kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  5. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan sokongan, pujian dan dorongan serta kata-kata motivasi.