Virtual Reading Programme X (VRP-X)

Geniuskids komited dalam melakukan pembaharuan demi pembaharuan untuk terus membantu pelajar membaca dan menulis seawal usia 4 Tahun. Kami merupakan organisasi bertauliah serta mahir di dalam Bidang Fonik serta berkemahiran untuk menarik minat si Kecil dalam sesi pembelajaran. VRP-X adalah adaptasi dari program sebelumnya iaitu (Virtual Reading Program (VRP) yang telah mendapat sambutan memberangsangkan serta telah menerima positif testomoni daripada ibu bapa. Geniuskids sedia membantu anak bangsa membaca dan menulis.
Pembelajaran Bersama Pengasas GENIUSKIDS
Geniuskids menyediakan video panduan yang akan diberikan sejurus pendaftaran telah berjaya. Kesemua video pembelajaran adalah diketuai sendiri oleh Pengasas Geniuskids, Cikgu Fyza. Pembelajaran dijamin premium.
Fleksibel
VRP-X menyediakan pembelajaran yang lebih fleksibel di mana ibu bapa boleh memilih masa dan tempat yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran. Selain itu, VRP-X boleh mencapai capaian lebih luas di mana tidak tertumpu di satu-satu kawasan sahaja. VRP-X terbuka untuk satu Malaysia malah luar negara.
Video Ulangan
Ibu Bapa dan Pelajar tidak perlu gusar jika belum mampu atau mahir dalam sesetengah bunyi atau simbol. Pelajar boleh mengulang tayang video sehingga kefahaman tercapai. Usaha Tangga Kejayaan.
Penyampaian yang SANTAI dan menarik
Pembelajaran adalah santai dan tidak menekan. Aktiviti menarik disetiap pembelajaran. Anak pasti teruja.
Video Panduan
Sepanjang program VRP-X, pelajar akan didedahkan dengan 21 Bunyi dan Simbol. Segala Panduan akan disediakan kepada Ibu Bapa untuk membantu pelajar ketika sesi pembelajaran berlangsung.