Geniuskids > Program Geniuskids Cikgu dan Ibu Bapa
Geniuskids juga ada menjalankan Program Fonik bersama cikgu dan ibu bapa. Program Fonik ini bertujuan memberi kemahiran bagaimana mengajar membaca mengunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi. Pengasas Geniuskids sendiri iaitu Cikgu Fyza akan berkongsi ilmu Fonik dan teknik mengajar untuk menggunakan kaedah Fonik dengan cara yang betul.
Cikgu Fyza juga akan berkongsi tip bagaimana cara menarik minat kanak-kanak supaya mereka boleh membaca seawal umur 4 tahun. Program Fonik ini dijalankan secara fizikal dan juga online (platform Zoom) bagi membolehkan cikgu atau ibu bapa yang berada di luar kawasan Pulau Pinang untuk sama-sama menyertai program atau bengkel ini. Sepanjang program ini dijalankan seramai 192 orang telah menyertai dan kebanyakan mereka berasa gembira kerana dapat mempraktikkan ilmu kaedah Fonik dan tips yang telah di sampaikan Cikgu Fyza kepada anak murid ataupun anak mereka sendiri. Program Fonik ini dijalankan pada hujung minggu selama 4 -6jam.
Geniuskids juga menawarkan Taklimat Fonik kepada Sekolah dan Tadika untuk memberi pengetahuan mengenai ilmu FONIK. Kami terpanggil untuk berkongsi manfaat kaedah Fonik Gabung Bunyi kepada Masyarakat supaya dapat membantu kanak-kanak yang ketinggalan dari segi membaca dan menulis.
Klinik Fonik Bersama Ibu Bapa 📸
Klinik Fonik Bersama Ibu Bapa Online 📸
Program Geniuskids Bersama Tadika 📸
Tadika Tahfiz Fitrah
Tadika An Nadhoh
Tadika As Sakeena (Subang Jaya)
Tadika Insan Alami
Tadika Tinta Khalifah
Tadika Tinta Khalifah
Sign In
The password must have a minimum of 8 characters of numbers and letters, contain at least 1 capital letter